✿ღ♥•ღ♥ yang terbaik tak selalunya menjadi yang terindah dalam hidup kita~ namun .. yakinlah kamu bahawa Allah itu maha Adil dalam segala hal...selamat datang ke blog kenanganseketika.blogspot.com . terima kasih kerana sudi membaca & menyinggah blog yang tak seberapa ini (✿◠‿◠)

Monday, February 13

Teguran Kita Saling Melengkapi

Akhirnya, ada juga entry yg mampu terhasil sepanjang cuti semester yg dah berlalu dua tiga minggu ni. Err saya masih hidup laa cuma tak sempat nak update blog, eh alaa kalau sempat pun, nanti ada je alasan lain.

Teringin nak kongsi pasal pandangan, pendapat, nasihat atau apa-apa sajalah yg berbentuk teguran. Fikir punya fikir agak-agak kenapalah orang sekarang susah sangat nak terima pendapat dan teguran orang lain? Pernah tak jumpa orang macam ni? ade kan? ramai sangat, sampai kekadang tu ada yg bermasam muka hanya disebabkan bercanggah pendapat.. heheh jangan terasa naa, ini random sesetengah ja bukan semua, biasala manusia ni kan macam-macam ragam, bukan semua orang boleh terima pendapat kita dengan baik. Tapi kerana kita ni hamba, wajarlah kan kalau kita banyak kelemahan. Itu sebabnya Allah hadirkan sahabat tuk kita saling memberi manfaat,  saling memberi pendapat. Ye dak?

Memanglah, pendapat orang lain tak mesti semuanya betul. Tapi mana tahu pendapat dan teguran tu tanda Allah nak beri hidayah dan ilmu kat kita, tetapi sengaja disampaikan melalui hambaNYA yg lain. Kenapa nak cepat melenting dgn teguran Allah? ni semua kan untuk kebaikan kita jugak. Kadang-kadang pelik pun ye, kalau kita tengok sedangkan matahari yang besar tu pun boleh akur benamkan diri bila bulan nak ambik alih tempat dia, lautan yg terbentang luas tu pun boleh beri ruang bila pantai nak bentuk darat. Inikan pula kita manusia, kenapa begitu sukar utk tunduk bila yang lain memberi pendapat?

Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan. Tanpa kita sedar, sebenarnya Allah telah menghantar seseorang untuk menegur kita. Kalau ada sahabat kita beri teguran atau pandangan apa salahnya terima saja, sekadar pandangan ja bukannya fatwa, memanglah tak semestinya kita kena patuh, tapi bila kita dengar sekurang2nya ada ilmu baru untuk kita kan, ambil mana yg baik, mana yg buruk tu tinggalkan je lah. InsyaAllah adalah manfaatnya nanti~

~~Pesan untuk diri sendiri juga..Dari sahabat untuk sahabat~~

Ilmu ada kat mana-mana je, walau nak suap nasik ke dalam mulut pun pun kena ada ilmu, sebab tulah hidup kita kena belajar terima pendapat dan teguran orang lain,  kalau hidup tak boleh terima teguran baik jangan jadi manusia. Ehh? :PP *gurau*

3 kongsi rasa:

.izzati liyana. said...Reply To This Comment

kena tengok kot cara tegur tu. silap cara, memang boleh buat gaduh. kena cara, tengok orang pulak. hee. orang lain2 kan penerimaannya.

pengemis Cinta~ said...Reply To This Comment

betul tu sayang.. dan setiap individu berbeza pendekatannya untuk menegur..kena belajar juga cara menegur..kalo nak tegur orang pula kenala bersedia untuk ditegur jugak..;)

pengemis Cinta~ said...Reply To This Comment

betul tu sayang.. dan setiap individu berbeza pendekatannya untuk menegur..kena belajar juga cara menegur..kalo nak tegur orang pula kenala bersedia untuk ditegur jugak..;)